Monday, August 9, 2010

Episod : Permulaan....

"Saya nak awak kenal saya dulu...Mesti tahu macam mana perangai saya, diri saya..." Kata Dahlia. "InsyaAllah...tapi Dia terima saya tak? Saya tak nak paksa Dia. Tapi sekurang-kurangnya Dia bagilah jawapan secara umum" Soal Azri. "Saya terima.....InsyaAllah...." Tambah Dia. Mereka tersenyum manis sambil Azri mengucapkan terima kasih atas penerimaan Dahlia untuk berkawan dengannya. Setiap masa Azri akan mencuri pandang kepada Dahlia. Walaupun berasa tidak selesa dengan pandangan Azri tetapi Dahlia berasa gembira kerana ada seseorang yang akan menjaga dan membuat dia gembira untuk hari-hari seterusnya. Sungguhpun begitu, di dalam hati, Dahlia masih terfikir dan risau kerana tidak takut Azri tidak dapat menerima perangainya yang sebenarnya kerana dia begitu merendah diri dan takut untuk bercinta lagi setelah dia ditinggalkan bertahun oleh kekasih lamanya. "Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik...." Bisik Dahlia di dalam hati. Sambil merenung ke arah Azri, Dahlia mula terfikir dan merenung hari-hari yang akan ditempuhinya akan datang.........(bersambung)


Menulis....

Menulis........

Walaupun saya bukan org seni tp saya percaya setiap org mesti boleh menulis sesuatu. Paling tidak pun tentang diri sendiri. Oleh itu, saya mula terfikir untuk menulis sesuatu di dalam blog ini seperti sebuah cerita pendek. Walaupun kekurangan idea, tetapi saya mahu mencuba dan mungkin idea itu akan datang kemudian utk mencantikkan lagi cerita saya ini. InsyaAllah jika ada masa lapang saya akan menulis cerita ini perlahan-lahan. Cerita ini hanyalah rekaan berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling saya.......