Monday, June 22, 2009

Sekadar Renungan...

Maka jika mahu mendapatkan seorang teman yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya mungkin boleh berubah… kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apabila kita ingin berteman, janganlah kita mendekatinya adalah kerana kelebihannya...Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman, janganlah kita berteman adalah kerana kebaikannya...Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu, janganlah kita bersahabat adalah kerana ilmunya...Kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman, janganlah kita berteman adalah kerana sifat cerianya...Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya...Kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa....Jangan diharapkan yang sempurna, kerana kita juga tidak sempurna........
Sekadar renungan dari sahabat utk dikongsi bersama...Renungkanlah dan fikir-fikirkanlah...

8 comments:

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

hmmmm, betul2 (macam upin dengan ipin ler plak), yang penting kita terima orang tu, buruk baik dia, dan sentiasa mencari DIA, insyaallah, kita akan jumpa, ilmu jer pun tak jadik gak, kena 'feel' skali, baru lengkap.....wallahualam....

AzZa said...

syafiq!!! lmenye ko x on9.....hmmmmmm.....:(

kasih said...

azza..
kate2 renungan post ko kali ni,memang sgt2 bererti wt aku...
aku hayati kate2 2 tok diri aku sndri...
memang bek tok d jdkn panduan..
"andai kte ingin berteman......."

AzZa said...

hm..kate2 tu senior skolah ak yg bg...mmg penuh makne...

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

hmmm....mmmmmm....(tengok kiri dan kanan) oh jangan pedulikan aku, aku makan maggi sambil baca post ni (ayat2 tipu takleh blah....)

Anonymous said...

aza,nape org tak leh antar komen kat aku?in2 ckp dulu pn ko penah de prob cam nie?cam ne nk wat eh?

azrina said...

aza,nape org tak leh antar komen kat aku?in2 ckp dulu pn ko penah de prob cam nie?cam ne nk wat eh?

AzZa said...

To farlin : ko g kt setting >> comment..ko wt comment tu jd full page..try dl..klu xleh bgtau ak yek!!! (",)